Archive

Archive for the ‘Tuntutan’ Category

Kelayakan Menghadiri Persidangan Tahunan Puspanita

July 1, 2013 2 comments

Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai kelayakan tuntutan bagi pegawai yang menghadiri Persidangan Tahunan Puspanita peringkat Kementerian. Adakah pegawai yang menghadiri persidangan tersebut layak untuk membuat tuntutan perjalanan dan lain-lain elaun yang berkelayakan? Dan sekiranya pegawai tersebut menggunakan kenderaan Jabatan, adakah pemandu yang ditugaskan untuk membawa pegawai tersebut layak untuk membuat tuntutan perjalanan (penginapan dan elaun makan).

Jawapan:

Pegawai tersebut serta pemandu yang ditugaskan untuk membawa pegawai adalah tidak boleh membuat sebarang tuntutan perjalanan kerana Persidangan Tahunan Puspanita bukan dianggap sebagai tugas rasmi. Puan boleh rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 di bawah para 2.5.

Jawapan Disediakan Oleh: En. Haffiz Hashim, Juru Audit Kanan, KPT

Tuntutan Kerja Lebih Masa

July 1, 2013 1 comment

Agensi A sedang dalam tindakan menyediakan Arahan Pentadbiran mengenai Peraturan Tuntutan Elaun Lebih Masa. Sehubungan itu, pihak Agensi A mohon pandangan serta penjelasan daripada tuan mengenai kadar pembayaran kerja lebih masa bagi perkara berikut:

- Sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari Ahad dan cuti gantian pada hari Isnin. Maka adakah kerja lebih masa pada hari Ahad akan dibayar mengikut kadar hari Kelepasan Am. Manakala kerja lebih masa pada hari cuti gantian iaitu Isnin akan dibayar mengikut kadar hari rehat biasa. ; dan

- Pemandu yang dikhaskan kepada pegawai jawatan Utama Gred B dan ke atas adakah layak menuntut bayaran lebih masa dari rumah pemandu ke rumah pegawai dan ke pejabat dan sebaliknya.

Jawapan:

Merujuk kepada Perintah Am Bab G dan surat JPA 63/31 Bhg. 1 (Klt.7(19) bertarikh 5 Disember 98. Bagi menjawab pertanyaan adalah seperti berikut:

- Sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari Ahad dan cuti gantian pada hari Isnin. Maka kerja lebih masa pada hari Ahad akan dibayar mengikut kadar hari rehat mingguan. Manakala kerja lebih masa pada hari cuti gantian iaitu Isnin akan dibayar mengikut kadar hari kelepasan am;

- Pemandu yang dikhaskan kepada pegawai jawatan Utama Gred A dan ke atas sahaja layak menuntut bayaran lebih masa dari rumah pemandu ke rumah pegawai dan ke pejabat dan sebaliknya.

Jawapan Disediakan Oleh: En. Haffiz Hashim, Juru Audit Kanan, KPT

Tuntutan Tambang Teksi Selepas Waktu Bekerja

May 21, 2013 Leave a comment

Tuntutan Teksi yang dituntut oleh pemandu yang menuntut tuntutan teksi selepas habis waktu bertugas ( Contoh: Pemandu selesai bertugas membawa pegawai dan sampai di ibu pejabat melebihi waktu bekerja biasa (6.00) petang). Soalan saya, layakkah beliau menuntut tuntutan teksi?

Jawapan:

Pada pandangan Audit, beliau tidak layak membuat tuntutan taxi atau tuntutan perjalanan kenderaan kerana beliau tidak menjalankan tugas rasmi. Di bawah para 4, Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2003 seseorang pegawai dikira layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran jika dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabat. Definasi tugas rasmi adalah tugas berkaitan dengan tugas pejabat

Jawapan disediakan Oleh: En. Haffiz Hashim, Juru Audit Kanan, KPT

Elaun Lebih Masa – Tuntutan Kerja Lebih Masa

May 13, 2013 Leave a comment

Baru-baru ini Agensi A telah mengadakan Hari Terbuka Agensi A pada 26 – 30 April 2013 di mana setiap kakitangan akan diberikan kupon makanan yang bernilai RM 23 (persetujuan Lembaga Pengarah) setiap seorang selama 5 hari program tersebut berlangsung. Pertanyaan saya ialah adakah kami boleh membuat tuntutan kerja lebih masa (selepas waktu pejabat dan hari kelepasan am) sepanjang program tersebut walau pun kupon makanan telah diberikan. Ini adalah kerana merujuk kepada perkara (xi) Ruling Bayaran Elaun Lebih Masa (Panduan Pengurusan Kewangan dan Akaun : Elaun Lebih Masa) oleh JPA telah menyatakan bahawa bagi pegawai yang telah diarah menjalankan kerja-kerja lebih masa, tetapi telah diberi sesuatu imbuhan khas seperti saguhati adalah tidak layak diberi bayaran lebih masa atau cuti gantian.

Jawapan:

Berdasarkan Memo yang dikeluarkan oleh JPA 63/31 Bhg. 1 klt.7(19) bertarikh 5/12/98, pihak puan tidak boleh membuat tuntutan bayaran kerja lebih masa kerana kupon makanan bernilai RM23 telah diberi ini boleh dianggap sebagai imbuhan khas saguhati. Tetapi oleh kerana Hari Terbuka tersebut jatuh pada 26 – 30 April iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, jika bayaran elaun lebih masa dibuat adalah melebihi daripada kupon makanan bernilai RM23 pada pendapat saya ia adalah tidak berpatutan. puan boleh membawa perkara ini ke pihak atas (Ketua Pengarah) untuk pertimbangan dan kelulusan. Pada pendapat saya memo yang dikeluarkan oleh JPA tersebut hanya pekeliling dalaman mereka.

Jawapan Disediakan Oleh: En. Haffiz Hashim, Juru Audit Kanan, KPT

Tuntutan Tambang Teksi

April 22, 2013 Leave a comment

Saya ingin bertanya, terdapat seorang pegawai telah menjadi urusetia di Karnival Pengajian Tinggi 2013 Zon 9 di Kota Bharu, Kelantan. Pegawai telah menuntut tambang teksi sebanyak RM 1,500.00 untuk kadar pergi dan balik dari rumah pegawai ke kota bharu (perjalanan sehala rm750.00 x 2 = rm 1,500.00).

Beliau juga telah lampirkan justifikasi penggunaan teksi untuk perjalanan pegawai.(alasannya membawa beberapa peralatan yang tidak boleh dibawa melalui kapal terbang iaitu plak alumni,cenderahati VVIP, LCD, laptop dan printer selain daripada itu, kenderaan jabatan tidak disediakan kerana telah penuh ditempah untuk karnival tersebut oleh pegawai lain.Resit teksi juga disertakan)

Jawapan:

Seseorang pegawai yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur bagi menjalankan tugas rasmi, sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya, adalah LAYAK menuntut Tambang Pengangkutan Awam dengan syarat perjalanan tersebut telah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan dan disokong dengan resit . (Rujuk Para 4.11 PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003)

Jawapan disediakan oleh: Pn. Hasnira Husin, Pen. Ketua Audit Dalam, KPT

32596_554420784605792_257745574_n

Elaun Pensyarah Menggunakan Akaun Amanah

February 25, 2013 Leave a comment

Saya ingin memohon pandangan audit mengenai tatacara pembayaran elaun pensyarah di bawah akaun amanah. Berdasarkan peraturan sedia ada, bayaran saguhati pensyarah adalah sebanyak RM60 @ RM30 per jam. Sekiranya rekod thumb print pensyarh menunjukkan tempoh mengajar contohnya 2jam 45 minit sahaja, adakah bayaran dikira sebagai RM60/RM30 X 3 jam ATAU RM60/RM30 X2.45 sahaja?

Pensyarah boleh dibayar elaun tersebut berdasarkan kelayakkan.
Tempoh jam yang boleh diambilkira adalah berdasarkan genap kepada tiap-tiap 15 minit.

Contoh:

Jika pensyarah tersebut mengajar bagi tempoh 2 jam 50 minit.
Tempoh mengajar yang boleh diambilkira adalah 2 jam 45 minit.

Jawapan disediakan oleh : Encik Zulkifli Bin Abdul Manan, Juru Audit Kanan KPT

Motivasi

Tuntutan Perjalanan – Pegawa Yang Diberi Pemangkuan

January 16, 2013 Leave a comment

Pegawai A bergaji RM 4,639.68 memangku DH48. Ini bermakna pegawai sebenarnya masih bergaji Gred DH44.
Adakah kiraan tuntutan perjalanan beliau dikira mengikut gred DH44 atau DH48(Memangku)?
Ini kerana kadar tuntutan adalah berbeza mengikut gred di dalam PP Bil. 3/2003 dan SPP Bil. 8/2010.
Seperti yang dimaklumkan oleh pegawai B di dalam PP 9/ 1980 mengatakan bahawa pegawai layak di bayar kadar tnt mengikut gred memangku (DH48).

Pegawai yang MEMANGKU LAYAK membuat tuntutan perjalanan,hotel,makan/harian mengkut kelayakan jawatan yang dipangkunya. Ia berbeza dengan pegawai yang MENANGGUNG jawatan.

Jawapan disediakan oleh : En. Azmin Husin, KUAD KPT

Tuntutan Ketika Berkursus Jangka Masa Pendek (Lojing)

December 26, 2012 Leave a comment

Seorang pegawai bekerja di Agensi A di mana tempat tinggalnya adalah di TAMAN AMANPUTRA,PUCHONG. Beliau dikehendaki menjalani satu kursus tempohnya dari 3.9.2012 hingga 30.11.2012.

Ini bermakna beliau telah menjalani kursus selama 89 hari iaitu lebih kurang hampir 3 bulan berkursus.Tempat kursus beliau adalah di PROTON HOLDINGS BERHAD, SUBANG JAYA, SELANGOR.

Jika dikira kilometer perjalanan pegawai dari ibu pejabat ke tempat berkursus adalah 35km,dari kediaman beliau ke tempat berkursus lingkungan 23km. Akan tetapi pegawai telah berlojing di NO 40,JALAN PINGGIRAN USJ 1/7,TAMAN PINGGIRAN USJ,47600 SUBANG JAYA (1km jaraknya ke tempat berkursus).

Soalan saya :-

1. Adakah pegawai layak dibayar elaun lojing tersebut kerana jarak rumah dan tempat berkursus pegawai tidak sampai 25km. Yang manakah pengiraan sebenar yang perlu saya ikut seperti di PP 3/2005 tersebut, dan adakah jarak itu dikira dari pejabat atau tempat kediaman pegawai?

2. Adakah di tetapkan di mana-mana pekeliling berkaitan jarak kilometer yang membolehkan seseorang pegawai itu perlu berlojing.

Jawapan:

Sila rujuk kepada perenggan 4.1.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 yang menjelaskan mengenai kemusykilan .

4.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat

4.1.1 Elaun Makan dan jika perlu menginap Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimumnya atau Elaun Lojing bagi sepanjang tempoh kursus mengikut kadar seperti di Lampiran “B”, sekiranya kemudahan makan dan penginapan tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur;

Pegawai ini layak menuntut elaun makan, hotel atau lojing bagi sepanjang tempoh kursus berdasarkan kadar yang telah ditetapkan (jika sekiranya tidak disediakan oleh penganjur). Jarak kilometer yang melayakkan seseorang pegawai menuntut elaun makan, hotel/lojing adalah 25km dari ibu pejabatnya bertugas (bukan dari rumahnya). Dalam kes ini, jarak ibu pejabat dengan tempat berkursus adalah 35km.

Jawapan disediakan oleh : En. Azmin Husin, KUAD KPT

Tuntutan Perjalanan Berbeza Bulan

December 24, 2012 Leave a comment

Seorang pegawai dari Agensi A telah diarah untuk bertugas rasmi di Agensi B bermula pada 26 Nov – 30 Nov. Memandangkan tidak ada penerbangan dari Sibu ke Kota Kinabalu pada hari berikutnya maka pegawai tersebut telah bermalam di Sibu pada 01 Disember dan bertolak ke Kota Kinabalu pada 02 Disember.

Merujuk kepada AP100(b), adakah perjalanan pegawai tersebut dianggap sebagai perjalanan disempurnakan pada bulan Disember (Tuntutan Disember) atau pada bulan November (Tuntutan November) kerana Surat Arahan adalah sehingga 30 November sahaja?

Tuntutan ini adalah tuntutan bagi bulan November dan perlu dikemukakan untuk bayaran sebelum 10hb berikutnya.

Jawapan disediakan oleh: En. Azmin Husin, KUAD KPT

Elaun Pemandu

December 12, 2012 Leave a comment

Boleh Tuan jelaskan maksud elaun khas tanggungjawab pemandu seperti yang tertera di dalam slip gaji. Adakah ianya berkaitan dengan elaun membawa bas? Pohon pihak Tuan jelaskan jenis-jenis tuntutan yang boleh dibuat ke atas elaun khas pemandu.

Apakah syarat-syarat tuntutan bagi pemandu yang membawa bas?

Sekiranya sesebuah Jabatan hanya mempunyai sebuah bas, namun mempunyai 6 orang pemandu yang memiliki lesen E, adakah pemandu Jabatan tersebut layak membuat tuntutan, walaupun adakalanya tidak ditugaskan membawa bas?

Bagaimana prosedur cara pembayaran elaun tanggungjawab khas kepada pemandu R6 dan pemandu Jusa B dan ke atas?

Pohon Tuan jelaskan syarat-syarat kelayakan dan kadar elaun menunggu bagi pemandu.

Sekiranya pemandu bertugas selama 23 jam dalam satu hari, berapa banyak jam yang akan diptoong bagi masa rehat. Adakah 1 atau 2 jam?

Adakah pemandu layak menuntut elaun makan dan elaun harian sekiranya makanan disediakan oleh urusetia dan dia bertugas 25km dari stesen?

Pohon Tuan jelaskan kadar kiraan tuntutan membawa bas mengikut jam sekiranya 2 pemandu ditugaskan bagi 1 perjalanan.

Sila rujuk Pek. Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2008. Untuk Soalan 4. – Prosedur pembayaran adalah perlu ada perakuan daripada Ketua Jabatan, penyediaan borang Q8 dan hantar ke Bahagian Kewangan. Bayaran dibuat secara bulanan.

Nota: Sila pastikan anda membaca pekeliling berkaitan terlebih dahulu sebelum membuat pertanyaan ke audit@mohe.gov.my. Ini kerana kebanyakkan soalan dibuat tanpa membaca pekeliling terlebih dahulu. Kerjasama tuan/puan adalah dihargai

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers