Home > Semua > Pertanyaan Mengenai Pecah Kecil Perolehan

Pertanyaan Mengenai Pecah Kecil Perolehan

Soalan :

Apakah maksud pecah kecil perolehan? Sebagai contoh, sekiranya agensi ingin membeli rak fail bercermin dan kabinet logam, adakah agensi perlu merangkumkan pembelian sebagai perabot logam atau boleh dilakukan satu perolehan bagi rak fail bercermin dan satu pembelian lagi bagi kabinet logam?

Jawapan:

Yang dimaksudkan dengan pecah kecil perolehan adalah seperti berikut:

Jika jumlah nilai perolehan tahunan sesuatu item, jenis atau kumpulan item yang diperolehi pada satu masa melebihi RM50,000 sehingga RM500,000 mengikut Arahan Perbendaharaan sebut harga hendaklah dipelawa, jika jumlah nilai perolehan melebihi RM500,000 maka tender hendaklah dipelawa.

Bagi mengelakkan proses sebut harga atau tender ini dibuat atau terjadi PTJ/ agensi lebih suka memecah kecil perolehan tersebut supaya pembelian terus boleh dibuat. Sebagai contoh pembelian set kerusi meja dibuat pada bulan Feb, rak cabinet dibuat pada bulan April, rak cabinet besi dibuat pada bulan Okt. Pembelian ini pula dari syarikat yang sama apabila dijumlahkan akan melebihi RM100,000 yang mana sepatutnya sebut harga dibuat bagi mendapat harga yang terendah. Jika ini terjadi ini yang dinamakan pecah kecil perolehan.

Contoh item yang sama jika melebihi RM50,000 setahun yg. perlu buat di sebut harga :

Pembelian rak fail bercermin dan kabinet logam boleh dikira sebagai 1 item yang sama.
Kursus yang sama dan modul yang sama dikira sebaga 1 jenis item yang sama

Contoh item yang berbeza :

Cetakan broser untuk program yang berlainan – dikira item yang berbeza.

Di harapkan maklumat ini dapat membantu pihak tuan. Sila email ke audit@mohe.gov.my jika ada sebarang pertanyaan tambahan berkaitan.

  1. August 22, 2013 at 10:40 am

    Soalan

    Waran peruntukan berkaitan dengan penyelenggaraan ICT diterima dan dilaksanakan proses sebut harga sebanyak RM500 ribu. Setelah tamat tawaran sebuah syarikat telah menerima dan melaksanakan kerja penyelenggaraan dengan nilai tawaran sebanyak RM493 ribu. Permohonan penggunaan baki peruntukan sebanyak 7 ribu telah mendapat kelulusan setelah proses pembayaran dibuat.

    Bolehkah peruntukan baki yang telah diluluskan untuk digunakan, diberi kepada syarikat yang berbeza daripada syarikat asal tersebut.

  2. Keneth
    October 25, 2015 at 1:09 am

    PEROLEHAN SEWAAN HAWA DINGIN JENIS SPLIT UNIT

    Mohon penerangan bekaitan dengan Konsep perolehan pecah kecil yang dimaksudkan di bawah satu PTJ

    a) Jika perolehan sewaan yang sama, tetapi lokasi yang berbeza, syarikat juga berbeza, kontrak yang berbeza serta nilai had setiap kontrak tidak melebihi had kuasa PTJ ( Rujuk AP 190(c) .

    a.i) Tujuan perolehan ini dibahagikan mengikut zon disebabkan lokasi satu tempat ke satu tempat jauh iaitu dlm 100km – 350km.

    a.ii) Selain itu juga, ia dapat memudahkan pihak pengguna untuk memanggil pembekal dalam masa yang segera jika berlaku kerosakan dalam waktu yang sama ( siang/malam )

    a.iii) Begitu juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada pembekal bumiputera yang lain untuk menceburi diri dalam bidang berkenaan.

    a.iv) Pihak pengguna dapat memperolehi perkhidmatan yang lebih baik dan efektif kerana ada persaingan di kalangan pembekal dan pihak kerajaan dapat memperolehi pulangan yang lebih lumayan ekoran perkhidmatan yang ditunjukkan oleh pihak pembekal amat menggalakkan.

    b) Jika pembekal yang dipelawa selain daripada pembekal tempatan, adakah pembekal dari luar kawasan yang mempunyai kelayakan boleh dipelawa dan dipertimbangkan dalam kontrak ini ( kontrak yang melibatkan perolehan di bawah Kementerian Kewangan sahaja)?

    Mohon pencerahan daripada pihak tuan..
    Sekian Terima Kasih

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers

%d bloggers like this: