Home > Tuntutan > Tuntutan Elaun Harian

Tuntutan Elaun Harian

SOALAN

Untuk makluman pihak tuan/puan, pegawai A telah dilantik menjadi urusetia bagi Prog. Pengukuhan Organisasi Pemimpin Pelajar IPT 2011 pada 8-12 Mei 2011 (5H4M) di Pulau Pangkor, Perak. Dalam tentatif program yang dilampirkan sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam disediakan oleh pihak penganjur tetapi pegawai telah menuntut bayaran Elaun Harian selama 5 hari berturut. Apabila telah diteliti oleh Bahagian Kewangan BKP,JPT pegawai A adalah tidak layak untuk claim Elaun Harian 5 hari berturut-turut kerana penganjur telah menyediakan makanan. Apabila bahagian kewangan kuiri claim pegawai, pegawai ini tidak berpuas hati. Mohon penjelasan mengenai tuntuntan Elaun Makanan Pegawai A ini.

JAWAPAN

Sila rujuk perenggan 4.2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 seperti berkut:-

Elaun Harian – Perenggan 4.2.1 menyebut seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian mengikut kadar separuh daripada kelayakan Elaun Makannya;’

Dalam kes ini, pegawai telah membuat perjalanan rasmi ke luar pejabat bagi Program Pengukuhan Organisasi Pemimpin Pelajar yang diadakan di Pangkor. Beliau bertolak ke Pangkor pada 8/5/2011 jam 10.00pg dan balik pada 12/5/2011 jam 8.30mlm. Sekiranya makan telah disediakan oleh penganjur, maka elaun makan tidak boleh dituntut TETAPI elaun harian tidak dihalang untuk dituntut. Bagaimanapun seperti disebut dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 perenggan 4.2.1 menyebut elaun harian layak dituntut BAGI TEMPOH MELEBIHI 8 JAM TETAPI KURANG DARI 24 JAM. Dalam kes ini, pegawai tidak layak menuntut elaun harian selama 5 hari tetapi 1 hari sahaja bagi tempoh 10.00pg hingga 8.30mlm dikira dari waktu bertolak hingga waktu tiba di pejabat pada 12/5/2011. Tempoh bagi jam 10pg. pada 8/5/2011 hingga 10pg. 12/5/2011 dikira bagi 4 hari tempoh elaun makan (walaupun elaun makan tidak layak dituntut). Tempoh selebihnya barulah dikira temph kelayakan elaun harian.

Juga dinasihatkan supaya pihak jabatan/penganjur kursus/mesyuarat melengkapkan makluman lengkap dan jelas yang menyatakan kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti makan/minum, pengangkutan, penginapan dan lain-lain dalam surat panggilan kursus/mesyuarat supaya dapat disemak oleh penyemak dengan jelas.

Sebarang pertanyaan tambahan bolehlah menggunakan ruangan Comment (Leave a comment) yang disediakan atau emelkan pertanyaan anda ke audit@mohe.gov.my

  • Download PP Bil.3 Tahun 2003
    1. Arlina Abdul Wahab
      May 9, 2012 at 10:05 am

      Di sini saya ada 1 soalan berkenaan dengan Elaun Harian. Elaun harian layak dituntut hari cuti/ hari kelepasan ke? Contoh : seorang pegawai diarahkan setiap hari membuat operasi kat luar kawasan yang melebihi 25KM dari pejabat lebih 8 jam dan kurang daripada 24 jam. Untuk pengetahuan,jabatan kami hanya membenarkan pegawai menuntut elaun harian pada hari kerja isnin hingga jumaat dari 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Sekiranya pegawai menuntut elaun lebih masa sabtu & ahad, pegawai tersebut tidak boleh menuntut elaun harian. Mohon penjelasan mengenai elaun harian. Sekian, terima kasih.

    2. Haminaton Saadiah bt. Abdul Ghani
      March 18, 2013 at 6:13 am

      Pertanyaan mengenai Elaun Harian :
      Pegawai A menghadiri mesyuarat pada 08/3/13 – 11/3/13. Pegawai bertolak dari rumah pada jam 11.00am pada 07/3/13. Penganjur menyediakan makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari iaitu hari terakhir mesyuarat pada 11/3/13. Pegawai bertolak balik dari tempat mesyuarat pada jam 2.00 petang dan tiba di rumah pada pukul 11.30 malam? Adakah Pegawai A layak mendapat Elaun Harian?

    3. Wan Nadhirah
      March 20, 2013 at 8:40 am

      Saya ada satu soalan mengenai elaun harian. Seorang pegawai telah di arahkan untuk hadir di ibu pejabat (pegawai bertugas di pejabat wilayah) bagi pengisian data aset online selama 5 hari. Jarak rumah pegawai tersebut ke ibu pejabat adalah 30km. Selama 5 hari tersebut, penganjur telah menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari. Soalan saya, adakah pegawai tersebut masih layak untuk menuntut elaun harian?

    4. April 30, 2016 at 8:43 am

      Pertanyaan mengenai Elaun Harian dan Elaun Lojing:
      Saya ada 2 persoalan melibatkan 2 pegawai PPPS (guru) dari 2 daerah berbeza yang menjalankan tugas rasmi sebagai hakim bagi pertandingan debat sekolah-sekolah menengah peringkat negeri bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri. Tempoh dan masa bertugas bagi sepanjang pertandingan adalah seperti berikut:

      Tarikh : 26 April 2016 hingga 28 April 2016
      Masa bertugas : 9 pagi hingga 5 petang (setiap hari selama 3 hari berturut-turut)

      Soalan 1 : Seorang pegawai saya berulang-alik dari Ibu Pejabatnya ke tempat bertugas selama 3 hari berturut-turut. Adakah pegawai saya ini layak menerima elaun harian jikalau jarak tempat beliau menjalankan tugas dari Ibu Pejabatnya ialah 28km dan masa bertugas adalah dari 9 pagi hingga 5 petang selama 3 hari, dari 26 April hingga 28 April? Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan penganjur.

      Soalan 2 : Seorang lagi pegawai saya menginap di rumah kawannya yang berdekatan dengan tempat bertugas sepanjang tempoh beliau bertugas. Beliau bertolak dari Ibu Pejabatnya ke kediaman lojing pada 25 April (malam sebelum tarikh bertugas) pada pukul 9 malam. Jarak asal tempat bertugas dari Ibu Pejabatnya ialah 31km dan jarak dari kediaman lojing ke tempat bertugas adalah 4km. Maka, beliau berulang-alik dari kediaman lojing ke tempat bertugas selama 3 hari dan bertolak balik ke Ibu Pejabatnya pada 3 petang, 28 April. Adakah pegawai ini layak menuntut elaun lojing, harian dan makan? (Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan sepanjang tempoh bertugas) Jikalau ya, berapa hari elaun lojing, makan dan harian yang beliau layak tuntut?

      Saya berharap respon dari pihak tuan adalah cepat, telus dan tepat. Terima kasih.

    1. No trackbacks yet.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 82 other followers

    %d bloggers like this: