Home > Elaun > Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal

Merujuk perkara di atas.
Saya merupakan seorang kakitangan Jabatan Pengajian Politeknik yang bertugas di Politeknik A sebagai pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Sehingga kini, saya memegang jawatan gred DH32 (menggunapakai Diploma Kejuruteraan Mekanikal) dan sedang memangku gred DH42 (menggunapakai Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat).

Tarikh lantikan ke gred DH42 (memangku) adalah pada 16.06.2011 dan sehingga kini masih belum disahkan dalam jawatan.

Sepanjang tempoh pemangkuan (hingga ke hari ini), saya masih lagi bertugas sebagai pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu menjalankan tugas mengajar subjek kejuruteraan mekanikal serta menjalankan tugas sampingan di bawah seliaan Ketua Jabatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Pada 24.12.2012, saya telah dimaklumkan oleh unit pentadbiran bahawa elaun BIPK saya akan diberhentikan bermula dari tarikh pemangkuan.

Pada 18.2.2013, saya telah diarahkan oleh unit kewangan untuk membayar semula elaun BIPK dan dikehendaki membayar lebih kurang RM6,000.00.

Pertanyaan/Masalah;

Adakah elaun BIPK saya boleh ditarik semula atas alasan bidang penggajian saya tidak mengikut senarai kelayakan semasa perlantikan iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat sedangkan bermula pada tarikh lantikan ke gred DH42 (16.06.2011) sehingga hari ini, saya masih lagi menjalankan tugas mengajar subjek kejuruteraan mekanikal dan masih lagi menjalankan tugas sampingan yang diarahkan dan diselia oleh Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Sekiranya elaun BIPK saya perlu diberhentikan dan perlu membayar semula elaun BIPK bermula dari tarikh lantikan 16.06.2012, bagaimanakah penggajian saya sepanjang tempoh berkenaan?

Jawapan:

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dipanjangkan kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang berkelayakan dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina. BIPK layak diberi kepada pegawai yang memenuhi kesemua syarat berikut:-

i. Mempunyai kelayakan/kelulusan yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal.
ii. Dilantik sebagai pegawai tetap/ sementara/ kontrak (pegawai kontrak dari dalam dan luar Negara) dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal.
iii. Berada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan.
iv. Menggunakan kelayakan/kelulusan yang dimilikinya untuk menjalankan skop fungsi bidang tugas skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal.

Pihak Audit berpendapat tuan LAYAK menikmati BIPK memandangkan tuan memenuhi kesemua 4 syarat di atas dengan andaian bahawa Diploma Kejuruteraan Mekanikal tuan adalah di bawah senarai bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Kelayakan/kelulusan yang disyaratkan di bawah skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi merangkumi Diploma dan Ijazah (Rujuk senarai JPA). Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang tuan miliki adalah untuk melayakkan tuan dilantik ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dalam kategori Kumpulan Pengurusan dan Professional.

Walaupun tuan kini telah dilantik ke gred jawatan DH42, iaitu kenaikan pangkat dari Kumpulan Sokongan kepada Kumpulan Pengurusan dan Professional, tuan masih menggunakan kepakaran tersebut dengan menggunakan Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang tuan miliki untuk menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar dan ini bermakna skop fungsi dan bidang tugas tuan jatuh dalam Kategori I. (Rujuk Para 4 (a) Pekekliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007 – Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi).

Walaubagaimanapun bagi tujuan pengiraan kadar bayaran BIPK, kelayakan tuan kini adalah 5% daripada gaji pokok sebulan dan bukan lagi 10% memandangkan tuan kini memegang jawatan di dalam kategori Kumpulan Pengurusan dan Professional.

Jawapan disediakan oleh : Puan Hasnira Husin, Penolong Ketua Unit Audit Dalam, KPT

About these ads
  1. Muhamad Sujairi Yusof
    May 28, 2013 at 5:25 am

    Elaun BIPK
    Merujuk perkara diatas , saya ingin bertanya tentang status pemberian elaun bipk terhadap diri saya, saya sekarang bertugas sebagai ketua kursus kokurikulum ar201 di politeknik, saya dimaklumkan oleh pihak pengurusan politeknik bahawa elaun bipk saya akan dihentikan, atas alasan tidak terlibat dengan p&p, sedangkan saya memang terlibat dengan p&p AR201 secara langsung serta ditambah dengan 8 jam subjek di jabatan induk politeknik, yang menjadi kemusyikilan saya pegawai di unit peperiksaan dan unit latihan industri layak terima elaun bipk atas alasan terlibat dengan proses p&p sepenuhnya, boleh pihak ulasan memberi sedikit ulasan atau penerangan . Sekian terima kasih

    • mmm
      October 7, 2013 at 1:55 am

      wassalam tuan harus tanya pada JPA bahagian pengitirafan sijil dan bahagian yang memberi kelulusan BIPK.tq.

  2. Bernard Fredrerine
    June 13, 2013 at 12:09 pm

    Situasi saya. Sekarang saya adalah pemegang Diploma Kejuruteraan Elektrik dan mengajar di Politeknik Kota Kinabalu. Saya Bercadang melanjutkan pelajaran di UTEM untuk Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik(Kuasa Industri) dengan kepujian. Pertanyaan saya. Sekarang saya adalah PPPT DH32 dan memangku DH34. Adakah saya layak menerima BIPK setelah saya menamatkan pengajian dan di naikkan ke PPPT DH42.

  3. Ingin Tahu
    June 18, 2013 at 3:24 am

    Elaun BIPK
    merujuk perkara diatas, saya adalah pemegang sijil perguruan (pertukangan khas) dari maktab perguruan teknik, dan menyambung pengajian dalam ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan Elektrik),dan mengajar jurusan kejuruteraan elektrik sebanyak 16 jam seminggu Kemusykilan saya adakah saya layak mendapat elaun tersebut, sedangkan rakan sealiran dengan saya yang berada di kolej vokasional, sek.men teknik dan sek men vokasional layak mendapat elaun bipk. harap pencerahan dari pihak tuan

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 67 other followers

%d bloggers like this: