Pertanyaan Mengenai Pecah Kecil Perolehan
Soalan :
Apakah maksud pecah kecil perolehan? Sebagai contoh, sekiranya agensi ingin membeli rak fail bercermin dan kabinet logam, adakah agensi perlu merangkumkan pembelian sebagai perabot logam atau boleh dilakukan satu perolehan bagi rak fail bercermin dan satu pembelian lagi bagi kabinet logam?
Jawapan:
Yang dimaksudkan dengan pecah kecil perolehan adalah seperti berikut:
Jika jumlah nilai perolehan tahunan sesuatu item, jenis atau kumpulan item yang diperolehi pada satu masa melebihi RM50,000 sehingga RM500,000 mengikut Arahan Perbendaharaan sebut harga hendaklah dipelawa, jika jumlah nilai perolehan melebihi RM500,000 maka tender hendaklah dipelawa.
Bagi mengelakkan proses sebut harga atau tender ini dibuat atau terjadi PTJ/ agensi lebih suka memecah kecil perolehan tersebut supaya pembelian terus boleh dibuat. Sebagai contoh pembelian set kerusi meja dibuat pada bulan Feb, rak cabinet dibuat pada bulan April, rak cabinet besi dibuat pada bulan Okt. Pembelian ini pula dari syarikat yang sama apabila dijumlahkan akan melebihi RM100,000 yang mana sepatutnya sebut harga dibuat bagi mendapat harga yang terendah. Jika ini terjadi ini yang dinamakan pecah kecil perolehan.
Contoh item yang sama jika melebihi RM50,000 setahun yg. perlu buat di sebut harga :
Pembelian rak fail bercermin dan kabinet logam boleh dikira sebagai 1 item yang sama.
Kursus yang sama dan modul yang sama dikira sebaga 1 jenis item yang sama
Contoh item yang berbeza :
Cetakan broser untuk program yang berlainan – dikira item yang berbeza.
Di harapkan maklumat ini dapat membantu pihak tuan. Sila email ke audit@mohe.gov.my jika ada sebarang pertanyaan tambahan berkaitan.
