Home > Tuntutan > Tuntutan Kerja Lebih Masa Bagi Pemandu

Tuntutan Kerja Lebih Masa Bagi Pemandu

SITUASI 1

Pemandu diarahkan bertugas menghantar pelajar di Putrajaya utk Porgram 1 juta belia malaysia dari kolej bergerak pukul 7pagi – 11malam tiba di kolej pada hari SABTU..Pada kebiasaannya pemandu akan claim ELAUN LEBIH MASA 15jam (setelah 1jam ditolak); juga claim ELAUN HARIAN (RM17.50)..

Soalan : Adakah layak pemandu menuntut Elaun Harian + Elaun lebih? Atau pun hanya layak claim Elaun lebih masa sahaja; elaun harian tidak layak?

SITUASI 2

Pemandu diarahkan bertugas membawa pensyarah menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada hari biasa (Selasa) bertolak dari kolej pada pukul 7pagi – 7mlm tiba di kolej. Pada kebiasaannya pemandu akan menuntut elaun lebih masa dari pukul 7.00pagi-8.00 pagi & 5.00 petang – 7.00mlm.. Elaun lebih masa
selama 3jam akan dituntut BESERTA Elaun Harian RM17.50 kerana membawa pensyarah melebihi 8jam waktu bertugas..

Soalan: Adakah layak pemandu Claim ELAUN LEBIH MASA + ELAUN HARIAN? Atau pun hanya salah satu sahaja?

JAWAPAN

Dalam situasi 1:

Pemandu layak menuntut elaun labih masa di pejabat (bukan waktu bertolak dari rumah) dan tiba di pejabat. Beliau juga layak menuntut elaun harian sekiranya perjalanan itu melebihi 25km dan 8jam serta kurang daripada 24 jam.

Dalam situasi 2:

Dalam situasi ini juga beliau layak menuntut elaun lebih masa dan elaun harian sekiranya jarak perjalanan antara Pejabat ke K. Lumpur melebihi 25km.

SILA RUJUK SURAT EDARAN JPA BERIKUT

Download :Surat Edaran JPA Mengenai ELM

Sebarang pertanyaan tambahan bolehlah menggunakan ruangan Comment (Leave a comment) yang disediakan atau emelkan pertanyaan anda ke audit@mohe.gov.my

About these ads
  1. July 28, 2011 at 2:02 am

    Perintah Am Bab G, pekeliling dan surat edaran JPA telah membenarkan kerja lebih masa dibuat dengan syarat-syarat tertentu. Jika seorang pegawai diarah menjalankan urusan rasmi di dalam atau di luar ibu pejabat dan bekerja lebih masa layak menuntut elaun lebih masa dan elaun-elaun lain seperti dalam PP3 Tahun 2003. Elaun lebih masa bagi pegawai dalam perjalanan boleh dituntut dengan syarat tugas rasmi di luar pejabat adalah kurang daripada 24 jam

  2. noriana
    August 16, 2011 at 2:32 pm

    Salam,

    Saya Noriana. Saya ingin bertanya. Adakah pemandu boleh menuntut elaun lebih masa bagi tempoh menunggu. Contohnya:

    a. Pemandu telah bertolak dari pejabat pada 13.8.2011 pukul 10.00 malam dan tiba di Pahang pada pukul 8.00 pagi (Hari isnin). Berdasarkan kepada jadual, peserta akan bertolak balik pada pukul 3.00 petang (Isnin). Walaubagaima pun, waktu bertolak peserta telah berubah kepada pukul 6.00 petang. Adakah pemandu layak menuntut elaun lebih masa daripada pukul 10.00 malam hingga 8.00 pagi. Dan disambung sehingga pukul 6.00 petang. (Termasuk waktu menunggu).Pemandu hanya menunggu masa sehingga pukul 6.00 petang.

    - Sekiranya layak apakah garis panduan yang boleh dirujuk.

    b. Kes yang kedua, pemandu telah ditugaskan untuk menghantar pengarah bermesyuarat di Perak pada 16 Ogos 2011 (Jumaat). Bertolak pada pukul 2.00 petang dan sampai ke hotel tempat pengarah berkursus pada pukul 8.00 malam. Pengarah akan bermesyuarat dalam masa 2 hari. Pemandu telah tinggal di hotel dan hanya akan mengambil setelah selesai pengarah bermesyuarat. Adakah pemandu layak menuntut OT sedangkan pemandu hanya berehat

    – Adakah pemandu layak menuntut OT bagi :
    5.00 petang – 8.00 malam = 2 jam
    8.00 malam (pemandu logging di mana)
    HAnya pada 18 Ogos 2011 akan mengambil pengarah.

  3. Salbiyah binti Badri
    October 11, 2011 at 7:23 am

    Mohon maklum balas tuan mengenai apakah pekeliling yang berkaitan dengan pemberian cenderhati untuk diberikan kepada tetamu pada majlis pelancaran rasmi dan had maksima yang dibenarkan.?

    Sekian , terima kasih.

  4. Hisya Muddin Bin Shahidan
    April 18, 2012 at 2:20 pm

    mohon dapat di jelaskan oleh pihak tuan,saya seorang pemandu di sebuah politeknik,waktu berkerja saya dari jam 8.00pg hingga 5.00ptg….saya di arahkan oleh pegawai penjaga kenderaan untuk menjemput pengarah di lapangan terbang pada pukul 9.00mlm pada hari bekerja biasa..di sini saya nak bertanya,layak kah saya menuntut bayaran lebih masa dari pukul 5.00ptg hingga pukul 9.00pada hari tersebut?begitu juga dengan pergerakan yang dibuat pada pukul 12.00 tgh mlm…layak kah saya menuntut bayaran lebih masa dari pukul 5.00ptg pada hari tersebut? sekiranaya layak atau pun tidak,dimana kah garis panduan yang dapat sya rujuk?

  5. Roze
    July 9, 2012 at 4:31 am

    Saya selalu bertugas sebagai urusetia di luar kawasan. Adakalanya saya bertolak jam 6.15 pagi pada hujung minggu. Saya membawa kenderaan sendiri. Bolehkah saya membuat tuntutan elaun lebih masa mulai dari waktu saya bertolak. Terima kasih.

  6. mis zue
    July 18, 2012 at 1:47 pm

    saya ingin bertanya:

    seorang pemandu bertugas membawa pegawai ke satu destinasi melebihi 25km daripada Ibu pejabat, bermula dari jam 8 sehinggan 6.30 ptg pada Hari Bekerja.
    pemandu telah membuat claim:

    1. elaun harian rm17.50
    2. kilometer dari pejabat pulang ke rumah setelah smpai ke pejabat pada jam 6.30 ptg- adakah beliau layak??
    3. elaun lebih masa bagi jam 5 -6.30 ptg…

    harap pihak UAD dpt membantu mengesahkan item no.2 di atas…layak atau tidak.?? merujuk kepada pekeliling apa?. tq

  7. Mohamad Bin Napiah
    July 5, 2013 at 12:41 am

    Saya diarahkan untuk menjalakan tugas mencetak Kad Pelajar termasuk dari proses mengambil gambar dan proses mengedit gambar dan nama pelajar. .Untuk pengetahuan pihak tuan pelajar yang berjumlah seramai lebih kurang 2800 – 2900 pelajar .Saya perlu menyiapkan Kad Pelajar tersebut dalam masa seminggu sebelum Majlis Penutup Pelajar Baru ..Adakah saya layak untuk membuat tuntutan elaun lebih masa melebihi 1/3 gaji pokok saya.Kerja-kerja ini hanya dibuat setahun sekali sahaja.

  8. April 8, 2014 at 1:18 am

    salam sejahtera,

    nak tanya admin…dalam satu2 masa seseorang pemandu kenderaan telah menjalankan tugas lebih masa kurang dari 1 jam (bukan tuntutan kurang 1 jam dalam sehari) adalah pemandu berkenaan layak menuntut tuntutan lebih masanya.
    contoh : menghantar Pengarah ke Airport dari jam 6.00pm hingga 6.45pm

    mohon pencerahan

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 66 other followers

%d bloggers like this: