Home > Tuntutan > Tuntutan Elaun Perjalanan

Tuntutan Elaun Perjalanan

Soalan :

1. Boleh atau tidak jika kakitangan politeknik menuntut tambang teksi (tanpa resit) jika diarahkan untuk bertugas rasmi dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur? Pekeliling/arahan kewangan mana yang boleh saya rujuk mengenai perkara diatas?

Ini kerana saya difahamkan bahawa tuntutan tambang teksi (tanpa resit) boleh dibuat berdasarkan kepada pengakuan yang ditandatangani oleh pegawai awam pada Tuntutan Elaun Perjalanan para C.

2. Boleh atau tidak Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik (Bukan Pengarah) menandatangani pengesahan bagi Tuntutan Elaun Perjalanan kakitangan Politeknik bagi peringkat bayaran Tuntutan Perjalanan.

3. Boleh atau tidak Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik menandatangani Borang kelulusan keluar stesen kakitangan politeknik?

Jawapan:

Sila pada Pekeliling. Perb. Bil 3 Tahun 2003 perenggan 4.7.3 dan 4.7.4 yang berbunyi seperti berikut:-

4.7.3 seseorang pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau kereta api bagi menjalankan tugas rasmi di tempat yang boleh dihubungi terus oleh kapal terbang atau kereta api dan oleh itu tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan melainkan di dalam keadaan seperti berikut:

(a) jika jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang dari 240 km;
(b) apabila seseorang pegawai dikehendaki juga menjalankan tugas rasminya di beberapa tempat di sepanjang perjalanan;
(c) apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang pegawai berkenderaan sendiri; dan
(d) apabila seseorang pegawai mustahak dan terpaksa membawa pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi;

4.7.4 bagi peruntukan (b), (c) dan (d) di atas kelulusan Ketua Jabatan hendaklah dilampirkan dengan baucar tuntutan pegawai tersebut;

Pekeliling ini jelas melarang pegawai membuat tuntutan elaun perjalanan kenderaan sekiranya tempat yang hendak dituju boleh dihubungi dengan kapal terbang/kereta api. Dalam pertanyaan ini melibatkan perjalanan dengan teksi. Secara munasabahnya sekiranya pegawai hendak menggunakan teksi untuk tugas rasmi dari KT ke KL, apakah alasan yang diberikan..adakah ianya betul-betul segera dan kecemasan sehingga tidak membolehkannya membeli tiket kapal terbang. Jika ya, maka dibolehkan ia menaiki teksi dengan syarat tuntutan yang dibuat hendaklah mengambil kira tambang yang lebih rendah antara tambang teksi atau kapal terbang. Dia juga boleh menuntut tambang gantian seperti perenggan 4.8 pekeliling ini seperti berikut:-

4.8 Tambang Gantian
4.8.1 seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di satu tempat sahaja yang jaraknya melebihi 240 km daripada Ibu Pejabatnya dan terdapat perkhidmatan terus kapal terbang atau kereta api layak menuntut Tambang Gantian mengikut kadar tambang pengangkutan yang sesuai dengan kelayakannya, iaitu Tambang Gantian tersebut hendaklah bersamaan dengan tambang kapal terbang atau kereta api, mengikut mana yang berkenaan dengan syarat dinyatakan di dalam baucar tuntutan yang ia telah menggunakan kenderaannya sendiri; dan

4.8.2 seseorang pegawai yang menuntut Tambang Gantian tidak layak menuntut apa-apa tambang atau bayaran tambahan yang bersabit dengan perjalanan kapal terbang atau kereta api seperti tambang dari rumah ke lapangan terbang/stesen kereta api dan sebaliknya, tambang dari lapangan terbang/stesen kereta api ke tempat penginapan dan sebaliknya, bayaran Cukai Lapangan Terbang atau bayaran tempat tidur dalam kereta api (berth charges).

Dalam hal lain, tuntutan tambang teksi atas tugas rasmi boleh dituntut dengan beresit, namun sekiranya resit hilang, satu pengakuan yang ditandatangani pegawai BOLEH diterima.

Mengenai Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik menandatangani penegesahan tuntutan elaun perjalanan kakitangan politeknik atau borang kelulusan keluar stesen kakitangan politeknik DIBOLEHKAN dibuat SEKIRANYA ia telah diwakil tugas oleh Pengarah Politeknik.


Sebarang pertanyaan tambahan bolehlah menggunakan ruangan Comment (Leave a comment) yang disediakan atau emelkan pertanyaan anda ke audit@mohe.gov.my

About these ads
  1. Query
    March 10, 2013 at 3:35 am

    Sekiranya saya perlu bertugas di luar kawasan (outstation), adakah tuntutan elaun perjalanan bermula dari rumah atau pejabat?

  2. rafida
    April 4, 2013 at 8:04 am

    Bagaimana prosedur sekiranya suami isteri kakitangan kerajaan di jabatan yang sama menggunakan kenderaan yang sama untuk menuntut tuntutan perjalanan tugas rasmi bulanan.

  3. tazlina
    June 18, 2013 at 6:56 am

    Bagaimana dengan pengiraan tambang gantian berdasarkan harga tiket kapal terbang? Adakah ianya berdasarkan harga waran penerbangan (termasuk cukai)?

  4. salim
    July 19, 2013 at 7:49 am

    berapakah tuntutan tambang gantian Kuala lumpur kota bharu

  5. September 7, 2014 at 5:03 am

    Soalan: adakah seorang pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah tidak layak membuat tuntutan elaun perjalanan kenderaan sendiri bagi menghadiri kursus dan hanya boleh menuntut bayaran perjalanan kenderaan jika menghadiri mesyuarat?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers

%d bloggers like this: