Perbekuan Aktiviti Akaun Tanya @Audit

October 21, 2013 1 comment

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Suka saya maklumkan bahawa blog Audit MOHE Malaysia dibekukan aktivitinya disebabkan penggabungan antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan.

Memandangkan tiada lagi keputusan berkaitan samada meneruskan aktiviti di blog ini dari pihak pengurusan atasan, sebarang pertanyaan berkaitan Audit akan diberhentikan sehingga satu tarikh diberitahu kelak.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

Admin
Audit MOHE Malaysia

Terjemahan Al-quran Berkenaan Larangan Rasuah

July 20, 2013 Leave a comment

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Surah Al-Baqarah Ayat 188.

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. – Surah Al Maidah Ayat 42.

Penjelasan Berkaitan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)

July 18, 2013 2 comments

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dipanjangkan kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang berkelayakan dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina. BIPK layak diberi kepada pegawai yang memenuhi kesemua syarat berikut:-

i. Mempunyai kelayakan/kelulusan yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal.
ii. Dilantik sebagai pegawai tetap/ sementara/ kontrak (pegawai kontrak dari dalam dan luar Negara) dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal.
iii. Berada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan.
iv. Menggunakan kelayakan/kelulusan yang dimilikinya untuk menjalankan skop fungsi bidang tugas skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal.

Audit berpendapat sekiranya bidang tuan/puan adalah di bawah senarai bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (Perlu rujuk eSISRAF) DAN tuan/puan menggunakan kepakaran tersebut untuk menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar tuan/puan adalah LAYAK. Dan atas kelayakkan tersebut, tuan/puan boleh memohon untuk mendapat elaun BIPK.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, sekiranya bidang tuan/puan adalah di bawah senarai bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (Perlu rujuk eSISRAF) DAN tuan menggunakan kepakaran tersebut untuk menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar tuan adalah LAYAK untuk menikmati BIPK.

Penentuan sama ada kelulusan yang tuan/puan miliki adalah termasuk dalam bidang kritikal adalah di luar bidang kuasa Audit atau mana-mana pihak yang bukan ahli/pakar. Hanya JPA dan pihak pengurusan di JPP/politeknik sendiri yang sememangnya pakar dapat menentukan sama ada ijazah tuan adalah termasuk di bawah bidang kejuruteraan. Sekiranya pengurusan JPP/politeknik juga mengakui bahawa ijazah tuan/puan adalah tergolong dalam bidang kejuruteraan dan tuan/puan sendiri telah membuat semakan dengan eSISRAF yang menunjukkan jawapan yang positif pandangan/pendapat sesetengah pihak itu tidak lagi relevan dan tidak berasas.

Soalan-soalan berulang berkaitan BIPK tidak lagi akan dijawab oleh Audit memandangkan penjelasan telah diberikan. Sebarang pertanyaan mengenai BIPK boleh diajukan terus ke JPA atau pihak pengurusan JPP/politeknik tempat tuan/puan bertugas

Tahap Prestasi Keseluruhan Politeknik Berpandukan Pengauditan Pengurusan Kewangan (AI)

July 18, 2013 Leave a comment

Berikut adalah markah tahap prestasi keseluruhan politeknik berpandukan pengauditan Pengurusan Kewangan (AI) bagi kategori Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional.

POLITEKNIK PREMIER

BIL

 

POLITEKNIK

KAWALAN PENGURUSAN

KAWALAN KUMPULAN WANG AMANAH DAN DEPOSIT

KAWALAN TERIMAAN

KAWALAN PERBELANJAAN

KAWALAN ASET DAN STOR

JUMLAH KESELURUHAN

1.

PIS

13.65

9.07                   

13.13

25.81

25.38

87.03

2.

PSA

14.63

9.5

13.73

24.80

23.92

86.57

3.

PUO

14.25

9.75

14.79

26.49

28.43

93.70

 

POLITEKNIK KONVENSIONAL

BIL

POLITEKNIK

KAWALAN PENGURUSAN

KAWALAN TERIMAAN

KAWALAN PERBELANJAAN

KAWALAN ASET DAN STOR

JUMLAH KESELURUHAN (%)

1.

PTSB

18.67

19.08

28.12

28.88

94.74

2.

PSAS

18.92

19.71

28.43

27.35

94.41

3.

PSP

18.42

19.71

27.17

28.59

93.89

4.

PMK

16.70

20.00

28.14

28.98

93.82

5.

PSIS

17.58

17.10

28.83

29.73

93.24

6.

POLIMAS

19.25

19.71

28.43

25.41

92.81

7.

PBU

17.28

18.66

27.75

28.33

92.02

8.

PJK

18.42

19.71

28.04

25.58

91.75

9.

PMS

19.75

19.31

23.04

28.27

90.38

10.

PKT

18.92

18.29

24.24

28.01

89.46

11.

PMM

14.00

19.00

26.97

27.85

87.83

12.

PMU

19.17

19.36

19.70

28.73

86.95

13.

PKK

18.17

19.71

23.66

25.22

86.76

14.

PPD

18.62

19.36

29.61

19.19

86.71

15.

PKB

18.42

19.36

25.42

23.27

86.46

16.

PSMZA

17.83

17.59

24.06

26.27

85.75

17.

PMJ

19.50

19.71

26.86

19.49

85.56

18.

PKS

18.08

18.32

24.12

24.98

85.50

19.

PBS

17.03

18.56

23.70

24.41

83.71

20.

PTSS

16.03

19.36

28.54

18.77

82.70

21.

POLISAS

13.82

16.90

22.68

26.50

79.89

22.

PSS

10.50

16.16

25.74

24.50

76.90

23.

PNS

15.42

18.72

23.70

16.31

74.14

24.

PHT

14.37

11.73

16.91

19.68

62.68

 

Maklumat disediakan oleh: En. Ariffin Aziz, Juru Audit, Unit Audit Dalam KP (Pengajian Tinggi)

Senarai Pemarkahan Klik Utk Muat Turun

Kelayakan Menghadiri Persidangan Tahunan Puspanita

July 1, 2013 2 comments

Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai kelayakan tuntutan bagi pegawai yang menghadiri Persidangan Tahunan Puspanita peringkat Kementerian. Adakah pegawai yang menghadiri persidangan tersebut layak untuk membuat tuntutan perjalanan dan lain-lain elaun yang berkelayakan? Dan sekiranya pegawai tersebut menggunakan kenderaan Jabatan, adakah pemandu yang ditugaskan untuk membawa pegawai tersebut layak untuk membuat tuntutan perjalanan (penginapan dan elaun makan).

Jawapan:

Pegawai tersebut serta pemandu yang ditugaskan untuk membawa pegawai adalah tidak boleh membuat sebarang tuntutan perjalanan kerana Persidangan Tahunan Puspanita bukan dianggap sebagai tugas rasmi. Puan boleh rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 di bawah para 2.5.

Jawapan Disediakan Oleh: En. Haffiz Hashim, Juru Audit Kanan, KPT

Pertanyaan Berkaitan Pecah Kecil Kerja

July 1, 2013 Leave a comment

Saya berminat melayari laman web tuan dan membaca persoalan persoalan yang ditimbulkan. Walaupun saya bukan daripada agensi kerajaan sepenuhnya namun ianya mempunyai masalah yang serupa.
Saya nak dapatkan pandangan tuan tentang Pecah Kecil Perolehan yang senarionya seperti dibawah.

Senario 1:
Peraturan Semasa : Pembelian terus sehingga RM50,000.Sebutharga melebihi RM50,000.
Tajuk Perolehan : Penyelenggaraan Tahunan Chiller
Perolehan 1 – No Pesanan Pembelian P00001 ( 27/06/2013)= Kos Kerja-kerja Penyelenggaraan Chiller: RM20,000
Syarikat Yang di Pilih : SENARIO Sdn. Bhd.

Tajuk Perolehan : Penyelenggaraan Tahunan Chiller
Perolehan 2 – No Pesanan Pembelian P00005 ( 27/06/2013)= Kos membekal minyak untuk kerja-kerja penyelenggaraan Chiller : RM40,000
Syarikat yang dipilih : SENARIO Sdn. Bhd.

Soalan:
Adakah ianya dikategorikan sebagai Pecah Kecil Perolehan dan perlu dibuat secara sebutharga?

Senario 2
Peraturan Semasa : Pembelian terus sehingga RM50,000.Sebutharga melebihi RM50,000.
Tajuk Perolehan : Kerja-kerja Pemindahan Peralatan Ke Bangunan 9
Perolehan 1 – No Pesanan Pembelian P00014 ( 27/06/2013)= Kos Kerja-kerja Pemindahan Alat XYX daripada Bangunan 5 : RM20,000
Syarikat yang dipilih : APEK Sdn. Bhd.

Tajuk Perolehan : Kerja-kerja Pemindahan Peralatan Ke Bangunan 9
Perolehan 2 – No Pesanan Pembelian P00015 ( 27/06/2013)= Kos Kerja-kerja Pemindahan Alat ABC daripada Bangunan 7: RM40,000
Syarikat yang dipilih : APEK Sdn. Bhd.

Soalan :
Adakah ianya dikategorikan sebagai Pecah Kecil Perolehan dan perlu dibuat secara sebutharga?

Jawapan:

Sukacita saya merujuk pada soalan tuan mengenai pecah kecil perolehan. Pecah kecil perolehan timbul apabila syarikat yang sama dipilih saban tahun bagi membekalkan jenis item yang sama dari kegunaan, fungsi dan punca bekalan yang melibatkan perbelanjaan tahunan melebihi RM50,000. Prinsip perolehan Kerajaan sebagaimana yang ditetapkan dan sedia maklum adalah hendaklah dalam saingan terbuka, adil dan saksama. Untuk menentukan sama ada sesuatu bekalan telah dipecah kecilkan, tuan perlu melihat pada jenis item yang dibeli, dari segi kegunaan, fungsi dan punca bekalan item itu sendiri. Persoalan yang tuan timbulkan mungkin boleh diperdebatkan panjang lebar. Walau bagaimanapun bagi menjawab persoalan tuan atas kapasiti Juruaudit perolehan bekalan berdasarkan senario 1 boleh dianggap sebagai pecah kecil kontrak kerana kerja-kerja penyelenggaraan juga melibatkan pertukaran dan pengisian minyak, pembersihan, pertukaran spare part dan sebagainya. Syarikat kemungkinan turut membeli minyak dengan kuantiti yang banyak untuk kegunaan dan dibekalkan. Dan minyak yang dibekalkan untuk perolehan 2 adalah juga merujuk kepada peralatan yang sama iaitu ‘Chiller’.

Senario 2 : Boleh dianggap TIDAK PECAH KECIL, kerana jenis item yang berbeza. Walau bagaimanapun perlu melihat jenis peralatan yang dipindahkan. Adakah peralatan yang sama jenis atau peralatan yang berlainan yang memerlukan kepakaran. Contoh: peralatan ICT, peralatan penghawa dingin.memerlukan kepakaran yang berbeza.

Jawapan Disediakan Oleh: En. Haffiz Hashim, Juru Audit Kanan, KPT

998139_590704014310802_158504162_n

Tuntutan Kerja Lebih Masa

July 1, 2013 1 comment

Agensi A sedang dalam tindakan menyediakan Arahan Pentadbiran mengenai Peraturan Tuntutan Elaun Lebih Masa. Sehubungan itu, pihak Agensi A mohon pandangan serta penjelasan daripada tuan mengenai kadar pembayaran kerja lebih masa bagi perkara berikut:

- Sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari Ahad dan cuti gantian pada hari Isnin. Maka adakah kerja lebih masa pada hari Ahad akan dibayar mengikut kadar hari Kelepasan Am. Manakala kerja lebih masa pada hari cuti gantian iaitu Isnin akan dibayar mengikut kadar hari rehat biasa. ; dan

- Pemandu yang dikhaskan kepada pegawai jawatan Utama Gred B dan ke atas adakah layak menuntut bayaran lebih masa dari rumah pemandu ke rumah pegawai dan ke pejabat dan sebaliknya.

Jawapan:

Merujuk kepada Perintah Am Bab G dan surat JPA 63/31 Bhg. 1 (Klt.7(19) bertarikh 5 Disember 98. Bagi menjawab pertanyaan adalah seperti berikut:

- Sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari Ahad dan cuti gantian pada hari Isnin. Maka kerja lebih masa pada hari Ahad akan dibayar mengikut kadar hari rehat mingguan. Manakala kerja lebih masa pada hari cuti gantian iaitu Isnin akan dibayar mengikut kadar hari kelepasan am;

- Pemandu yang dikhaskan kepada pegawai jawatan Utama Gred A dan ke atas sahaja layak menuntut bayaran lebih masa dari rumah pemandu ke rumah pegawai dan ke pejabat dan sebaliknya.

Jawapan Disediakan Oleh: En. Haffiz Hashim, Juru Audit Kanan, KPT

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers